Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong. Sekolah ini telah melahirkan ribuan anak bangsa yang berpendidikan serta berakhlak mulia. Dahulu SMK Seri Tanjong dikenali sebagai Sekolah Menengah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Januari 1960.
        Pada waktu itu, sekolah ini menumpangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Assam Jawa selama 2 tahun. Terdiri daripada sebuah kelas sahaja dengan 40 orang pelajar dan pengetuanya ialah En. Abdul Ghani Abdul Hamid. Dari situlah bermulanya perkembangan SMK seri Tanjong.
       Pada tahun yang sama, SMK Seri Tanjong telah berpindah ke Nation Type English School yang merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan English di Kampung Kuantan. Jumlah pelajar ketika itu ialah 75 orang dan beserta 5 orang guru. En. Suffian Taimun menjadi pengetua pada pertengahan tahun 1960.
        Menjelang tahun 1963, bangunan SMK Seri Tanjong mula dibina tapak yang ada sekarang. Tiga blok bangunan dua tingkat dan kantin dibina di kaki Bukit Belanda Dirasmikan Dato’ Muhammad Khir Bin Johari Al Haj.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © SMK SERI TANJONG KUALA SELANGOR - Hatsune Miku - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -