Archive for September 2015

20 Kata-Kata Hikmah Hamka

Sejarah Ringkas Pak Hamka


Nama penuh bagi Pak Hamka adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau dilahirkan  di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada tanggal 17 Februari 1908. 

Beliau terkenal sebagai seorang penulis, ahli politik, aktivis dan ulama warga Indonesia yang meninggal dunia pada 24 Julai 1981.

Pak Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2. 

Ketika umurnya menjangkau 10 tahun, ayah Pak Hamka telah membuka sekolah fardhu ain (Thawalib) di Kampung Padang Panjang. 

Pak Hamka begitu gigih menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab. Antara cendekiawan Muslim terkenal yang menjadi mentornya adalah Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus. 

Beliau memang gemar membaca dan menyelidik. Banyak  masa beliau dihabiskan dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Di samping itu, menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Pak Hamka aktif berdakwa saat umurnya mencecah 17 tahun. Beliau  merupakan salah seorang guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pegawai Tinggi Agama Indonesia.

Selain berdakwah, beliau juga aktif berjuang. Pak Hamka merupakan salah seorang yang terlibat dengan pertubuhan Muahmmadiyah dan beliau dilantik menjadi anggota pemimpin pusat Muhammadiyah.

Beliau juga menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Mekah dan memberi tujuk ajar cara mengerjakan haji yang sebetulnya kepada jemaah haji Indonesia.

Di samping itu, beliau  menjadi pengasas Kolej Al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib Al-Ummah.

Pak Hamka bersikap tegas dalam menentang khurafat, bid'ah thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. 

Perjuangan beliau bukan setakat menetang kemungkaran dalam masyarakat, bahkah turut memberi komitmen dalam mempertahankan tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Oleh kerana kelantangan beliau dalam bersuara, natijahnya beliau dipecat dari jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.

Pernah suatu ketika, beliau meringkuk di dalam penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Semasa hayatnya, beliau pernah menerima beberapa anugerah yang tinggi tarafnya. Beliau pernah mendapat:
  1. Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
  2. Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
  3. Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.

  1. Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh
  2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  3. Pepatah orang Makassar: Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang. Hidupnya ialah untuk berjuag. Jikalau perahunya telah ia kayuh ke tengah, Ia tidak boleh bersurut pulang, Meskipun bagaimana besar gelombang, Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, Ia lebih mulia baginya dari pada membalik haluan pulang.
  4. Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana.
  5. Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
  6. Kemerdekaan sauatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa.
  7. Dia lupa...nikmat yang ada dalam tanggnya dia lupa kerana mengharapkan nikmat yang akan datang. 
  8. Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi. 
  9. Orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada.
  10. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
  11. Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu. 
  12. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati dan tidak ada pintu bagi kebencian.
  13. Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil
  14. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  15. Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya.
  16. Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula.
  17. Hata hukama: Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
  18. Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam.
  19. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
  20. Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
Dalam kita menghayati 20 Kata-Kata Hikmah Hamka. Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga roh dicucuri rahmat Allah SWT.

Panduan Dan Teknik Berguna Menghadapi Peperiksaan


TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.


PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
  • Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
  • Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
  • Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
  • Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
  • Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
  • Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
  • Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
HARI PEPERIKSAAN
* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
  • Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
  • Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
  • Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
  • Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
  • Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
  • Tulis dengan jelas dan cepat
  • Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
  • Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
  • Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.

BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.
  • Ia boleh diatasi dengan pencegahan
  • Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
  • Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
  • Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
  • Bernafas panjang dan dalam
  • Bersantai iaitu berehat
  • Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
  • Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
  • Akibat kurang tidur, atau salah makan
  • Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.

KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA
  • Jaga masa tidur.
  • Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
  • Ambil angin sebentar
  • Basuh muka dengan air sejuk
  • MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN 

    SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik

MAKLUMAT PEPERIKSAAN
  • Nama pusat peperiksaan
  • Nombor pusat
  • Angka giliran
  • Lokasi tempat
  • Keadaan fizikal bilik/kawasan
  • Kenderaan
  • Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
MAKLUMAT TENTANG KERTAS.
  • Nombor kertas
  • Tarikh
  • Masa
  • Sesi/Bahagian kertas
  • Arahan spesifik
  • Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
  • Sembahyang hajat
  • Doa keluar rumah
  • Doa naik kenderaan
  • Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
  • Doa apabila hati menghadapi kesedihan
  • Doa apabila terkena kesedihan hati
  • Doa aneka macam kesusahan

HARI PEPERIKSAAN
  • Ulang pelajaran
  • Tidur awal
  • Doa sebelum tidur
  • Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
  • Sampai awal di pusat peperiksaan.
TEKNIK MENJAWAB
Panduan Umum
  • Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
  • Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
  • Tinggal dahulu soalan yang sukar
  • Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
  • Rancang jawapan (lakar jawapan)
2.Ujian Objektif
  • Baca arahan dengan teliti
  • Baca dengan cepat semua soalan dahulu
  • Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
  • Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
  • Baca beberapa kali
  • Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
  • Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
  • Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
  • Baca jawapan untuk memahami soalan
  • Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
  • Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
  • Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
  • Cuba teka adalah usaha terakhir
  • Semak jawapan

- Copyright © SMK SERI TANJONG KUALA SELANGOR - Hatsune Miku - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -